Siapa sangka pertemuan yang tak disangka2 berubah membentuk satu ikatan yang merubah diriku menjadi lebih sempurna. Siapa juga sangka keputusan ayah yang kusangka memandai2 membuat keputusan dimana harus aku habiskan praktikal rupa-rupanya bertukar menjadi satu titik permulaan terpenting dalam hidupku..ku bersyukur ke hadratMu Ya Allah..dan secara tak langsung aku ingin skali berterima kasih kepada ayah (kalau bukan kerana ayah..aku tak mungkin dapat berjumpa dengan pelengkap hidup aku sekarang).
Terima kasih Ayah (sengeh sambil malu2 kucing..hehehe)Aku merasakan aku antara insan bertuah kerana dapat mengenali insan yang bernama Mohd Azrul Abdullah@abd Aziz.Payah untuk aku jelaskan kenapa dia yang menjadi pilihan. Ini kerana pemilihan aku bukan kerana rupa parasnya..bukan juga kerana kerjayanya..tapi apa yang aku tahu dia mempunyai ciri2 yang aku rasa dapat membimbing aku ke jalan yang lebih baik.walaupun dia seorang yang pendiam..sedikit panas baran..tapi aku selesa dgn sikapnya itu kerana sifat2 itu perlu ada pada ciri seorang suami yang harus aku hormati.
Bagi aku juga, panas baran bukan hanya mewakili keburukan tapi juga mewakili sifat seorang yang tegas juga. kesimpulannya,kita harus melihat dari sudut positif selagi seseorang itu tidak melampau batasnya.Dia juga berjaya menambat hati mama yang memang sangat teliti dalam pemilihan lelaki yang ingin berkawan dengan anak perempuannya.dia juga bukan seorang yang suka mendesak.sentiasa sedia apabila aku bersedia.Terima kasih atas penungguan yang tak sia2..sesungguhnya tak semua penungguan itu suatu penyeksaan.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.