Masih terngiang-ngiang di telinga teringatkan tangisan Darwisy ketika pertama kali di pangkuan aku...terasa diri begitu kerdil disisiNya apabila memikirkan tanggungjawab yang begitu besar untuk dipikul bagi membentuk sang putera menjadi insan bertaqwa.
Masih terngiang-ngiang di telinga aku tatkala pertama kali Darwisy menangis dipangkuanku seakan meminta disusui..sekali lagi terasa kerdil dan naif..kerana sesekali terlintas di fikiranku..berjayakah aku membentuk dawisy menjadi insan berguna dunia akhirat..berjayakah aku sebagai ibu menjadi contoh untuknya apabila besar nanti..Aku harus mempersiapkan diri sebelum aku ingin membentuk dia sebagai insan yang soleh..aku harus memperbaiki diri aku dahulu supaya dia tidak akan mempertikaian setiap nasihat ku nanti..Ya Allah..berkatilah niat ku ini..bantui lah aku Ya Allah..susungguhnya aku berharap hidup ku ini bukan untuk mendapat penghargaan orang tapi jalan ke syurgamu Ya Allah...Aku akui kadang kala aku gagal menjadi hambaMu yang baik malah kadang begitu sombong terhadapMu Ya Allah.. :(( sesungguhnya aku insan yang kerdil lagi tidak sempurna Ya Allah...
Masih terngiang - ngiang lagi pertama kali Darwisy memanggil ku IBU..terasa sebak dan sayu..setelah sekian lama menunggu akhirnya..ketika itu aku bersyukur kepadaMu Ya Alllah kerana memberi nikamt seorang ibu..walaupun pada awalnya aku menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak..Alhamdulillah..semuanya keranaMu Ya Allah..
Kini Darwisy telah berumur 1 tahun 7 bulan..sudah pandai berjalan dan pandai berjaga..pandai menjaga hati..pandai menjaga tingkah laku di depan orang..alhamdulillah..darwisy juga amat peka ketika aku sakit..diciumnya pipi ketka aku sakit..digosoknya tubuh aku..Ya allah..aku bersyukr kepadaMu di kurniakan suami dan anak yang cerdik akalnya dan sukakan ayat- ayat suci Al Quran..ku beryukur kepadaMu Ya Allah..
Masih terngiang- ngiang di telinga ku setiap kali berjumpa sesiapa..kenal mahupun tidak..pasti terkeluar dari mulut mereka apabila melihat Darwisy... "insyaAllah..tegok anak ni macam cerdik bila besar nanti" "insyaAllah kalau kau betul..Darwisy bila besar jadi anak yang soleh.." "anak ni kalau tgk..cerdik esok2 nih" Amin..Amin..Amin.. ku harap kan dan ku doakan semoga benar la kata2 dari setiap sorang..aku hanya berharap dia akan menjadi seorang yang menghormati agama..menghormati orang seangkatan dan yang lbih tua..suka beramal dan tidak sesekali meninggalkan solat..Insyaallah...Amin..
Sampai di sini sahaja coretanku..luahan tiba-tiba dan beremosi datang hanya sesekali sahaja..Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.